Dah sangat lama..
Rindu kian terasa..
Walau malam ne aku rasa penat sangat..
Tapi aku amek peluang yang ada utk mengabadikan kenangan
Yang aku kira penting utk aku coret kan di sini..
Hurmm..keadaan kat opis semakin tegang..
Dengan kerja2 yang agak banyak..
Aku masih tak mahir kendalikan benda yang aku sepatutnya buat..
Alhamdulillah aku di kurniakan bos yang agak baik..
Dan sabor dengan kelembapan yang aku miliki..
Cuma aku rasa budak opis tak gembira dengan kehadiran aku..
Aku pun tak tahu macam mana nak cakap..
Walau apa pun jd..aku tak mahu pikir sangat
Macam mana nak amek hati mereka..
Yang penting sekarang..aku kena cari jalan..macam mana nak perbaiki
Mutu kerja aku…
Aku akui..aku tak suka utk buat keputusan..
Mana tak nya..kerja aku melibatkan budjet syarikat..
Berada di tengah2 antara pekerja dan pengurusan agak sukar..
Baru aku fhm kenapa ketua aku dulu meradang ajer..
Aku di berikan tugas utk menguruskan pembelian barangan..
Kiranya aku ne purchaser..
Selain memegang tanggungjawab utk mengorordinate billing yang sememangnya
Mengalami masalah dari zaman dahulu kala..
Org nengok agak mudah kejer aku kan
Tapi aku leh jd migraine dengan perangai dorang..
Menyindir..menyepi..dan ,..huhuhuhuhuh..
Tak per la..aper pun terjadi..
Aku kena yakin…yang adanya aku di sini adalah kerena ketentuan
Dan rezeki yang telah tertulis utk diri..
Hurmmmm….macam luahan perasaan akn..
Memang pun…
Semalam aku menghadiri majlis hari jadi kak nora..
Happy bday akak..
Aku suka nengok cara hidup dia..
Walau serba sederhana…tapi life dia happy..
suka nengok kawan2 di majlis tue..
Sangat happening dan tergolong dari pelbagai2 org..
Dia memang suwit malam tue..
Masa pengacara majlis mengumumkan umurnya
Semua tertanya2..bday girl dah 33 tahun..
Perasan muda dah akak aku tu..
Hahahhahahaha..
majlis tue di adakan utk menyambut 3 org punyer bday..
Budak2 kesuma johor…
Mereka budak2 teater KUMPULAN KESUMA kegeri johor…
Aku kan suka nengok teater..
Selalu dapat nengok teater free oke..sebab ada ini org…
Macam biasa la..aku la org paling awal pulang
1130 aku dah bla..
Majlis di adakan di DIVA…
Tema dia itam putih dan pink…
Well..memang warna kegemaran aku..
Jd aku tak susah menuruti kehendak majlis
Sampai ajer..akak check sebab dia ckp..
Tak der sebab aku datang dengan kaler lain..
Sebab itu kaler kegemaran aku..
Biasa la aku…cukup dengan cardigan, jeans.
Pakaian rasmi aku ke mana2..ringkas..
Nak pakai blaus?skirt? itu memang bukan aku..
Akak memang suka kalau aku pakai menda2 tue..
Tepek benda2 kat muka..
Dia la org yang paling gembira..
Tapi aku tak suka menda2 tue…
Kadang2 berada di samping mereka yang cantik2 ne
Aku rasa kecil sangat…
By the way..berbalik pada majlis…
Congrate to bday gurl..
Pasti harijadi tahun ne lebih bermakna..
Dapat beli keter baru..kekal nampak muda....dan wonderful celebration..majlis harijadi yang sangat best..
Tahniah akak..
“Next month,kita buat majlis adik ngan abg din ea..nak tak?”
Bila berbakul2 aku puji dia..itulah sedikit sms ringkas yang aku terima..
Sejak kiter org kawan…tidak ader setahun pun
Dia tidak meraikan harijadi aku..
Tidak ada setahun pun hari jadi ku tanpa kek coklat…
Dia tahu..itu akan buat aku gembira..
Tue la kan..org ckp..biasanya kita tak nampak org2 yang menyayangi kita..
Aku akui..aku tak bnyk luangkan masa dengan ini org..
Sampai dia kecik hati..
Tapi dia tetap cool..tak pernah miss kalau aku ajak ke sana ke sini..
Sentiasa akan usaha memenuhi apa yang aku nak…
Sebab dia ckp, hanya aku yang ada di samping dia masa dia susah dulu…
Semua org hairan, macam mana kami leh rapat..
Padahal kami sangat berbeza,
Dari segala segi..penampilan cara hidup..semua la..
Hurmm..moga hidupnya lebih di berkati…aminnn..